Thursday, May 7, 2009

RAM

lama dah kan kia tak update blog..dah berminggu-minggu lama rasanya...
huhuu..biasa la...kia bukan rajin sangat pun nak meng'update' blog kia ni..
tak da citer sangat pun..kia bukan pandai sangat nak bercerita pun..
tak macam sis noi nyer blog, di jaga rapi...kan sis noi...huhuuu...
[mesti sis noi ngah sengih-sengih ni]...sentiasa di update kan..
tengok la sendiri...huhuuu..ok..off pasal update-meng'update' blog ni...
[aper punyer bahasa la aku pakai ni]...


dalam bulan april yang lalu, kia menghabiskan masa hujung minggu dengan membaca buku novel...huhh..kia ni, jangan harap la nak baca novel...kia bukan minat pun nak membaca ni...nak-nak lagi kalu novel tu hanya kisah cinta semata-mata...eee..tak minat arhh...TAPI...pada hujung minggu yang lalu-lalu [heheee...beberapa minggu yang lalu daaa...], kia sempat menghabiskan 4 buah buku novel hasil penulisan Ramlee Awang Murshid, hanya dalam masa tidak sampai seminggu pun...wahhh....berminat betul kia baca buku novel tu...actually, kia pinjam buku novel banyak-banyak tu dari kak wati....ingat tak kak wati saper???..alaaa..yang pernah jadi rakan sekerja kia masa kia mula-mula bertugas kat sebuah ******* ni...tapi, sekang tak lagi, dia dah jadi guru sandaran di salah sebuah sekolah dalam Malaysia ni...heheee...

tak sangka kia, masa kia nak pinjam buku tu, skali sumer kak wati keluar kan...banyak plak tu..tau-tau jerk kia nak pinjam sumer skali gus...dulu, kia penah baca novel Tombiruo, Tombiruo Terakhir, Rangau....pinjam dari kak wati jugak la...insyaALLAH, buku-buku yang kia dah pinjam ni, nak dipulangkan esok...for kak wati..thank you very much...


novel aper yang kia baca pada minggu-minggu yang lepas tu??heheee...taddaaaa....



huhuuu...insyaALLAH...
ada rezeki, kia nak beli sendiri buku novel ADAM,Hijab Sang Pencinta & Mikhail, novel keluaran terbaru tahun 2009 ni...aper yang menarik nyer novel dari penulisan Ramlee Awang Murshid???best...memang best....novel yang dihasilkan, lain daripada yang lain...even, sesetengah ending novel tu tidak memuaskan hati kia, tapi jalan cerita nyer yang menarik buat kia tertarik nak baca setiap novel yang ditulis oleh beliau...memang best r...so, kia rasa sekang, kia dah mula sikit-sikit, perasaan untuk membaca tu...kalau tak sebelum ni...ermm..jangan harap kia teringin nak beli novel....HARAM...huhuuu...but now, it's ok...

kata-kata untuk Ramlee Awang Murshid dari kiara yang lara...
Sebenarnya, saya seorang yang tidak suka membaca novel. Terutama sekali, jika novel tersebut berkisar dengan kisah cinta semata-mata. Tetapi, sejak saya mula membaca novel yang bertajuk Tombiruo dari penulisan Ramlee Awang Murshid, saya mula berminat untuk membaca novel dari tulisan beliau. Ini adalah kerana setiap penceritaan di dalam novel tersebut, mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Bukan sahaja di dalam novel Tombiruo, malah, setiap novel yang ditulis oleh beliau mempunyai ciri-ciri penulisan yang sangat baik.Isi kandungannya yang penuh dengan debaran, kasih sayang, kejutan, perdebatan dan tidak kurang juga kisah percintaan.Saya perhatikan, setiap novel yang telah saya baca dari penulisan Ramlee Awang Murshid tersebut, mempunyai kelainannya. Contohnya seperti, watak seseorang dalam setiap novel, mempunyai 2 atau lebih personaliti. Saya berasa hormat terhadap Ramlee Awang Murshid apabila setiap novel yang dihasilkan, pasti beliau tidak lupa menyelitkan dan menerapkan unsur-unsur keagamaan, cinta dan sayang kepada ALLAH dan juga Rasul-Nya.

Buat masa ini, saya telah membaca 11 buah buku novel dari tulisan Ramlee Awang Murshid yang dikeluarkan oleh Alaf21. Antara novel tersebut ialah, Tombiruo, Tombiruo Terakhir, Semangat Hutan, Rangau, Mandatori, Satu Janji, Ungu Karmila, Rahisa Perindu, Hatiku Di Harajuku, Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Puteri. InsyaALLAH, saya akan menempah buku novel ADAM, Hijab Sang Pencinta dan Mikhail dari Alaf21. Beliau sememangnya layak menerima anugerah daripada Dewan Bahasa dan Pustaka.Secara tidak langsung, saya telah menjadi peminat setia novelis thriller no.1 Malaysia iaitu Ramlee Awang Murshid.

Pernah terlintas difikiran saya, mengapa tidak diantara buku novel hasil Ramlee Awang Murshid ini dibuat Filem, Drama, Drama Bersiri atau Teater. Pasti, ramai yang meminatinya. Saya juga mengetahui bahawa salah satu novel beliau pernah di filemkan, namun saya tidak tahu apakah tajuk filem itu, mahupun antara novel yang mana telah difilemkan tersebut.

Saya amat menghargai tinta novelis Ramlee awang Murshid. Diharap beliau dapat menghasilkan lagi novel-novel yang bagus dan baik, pada masa akan datang. Saya mengucapkan 'Selamat Maju Jaya' kepada novelis thriller no.1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid.

so, itu jer lah dulu ceritera kiara untuk entry kali ni...

2 comments:

ღ~n0n0i~ღ May 8, 2009 3:40 PM  

Wah..apasal le ada nama Kak Noi terselit dalam entry ni? Hehehe.. sebab entry kali ni panjang berjela..akak pun nak komen panjang2 gak..

1st of all..
Akak pun peminat R.A.M
terutama A.D.A.M. Bacalah, memang best! =D=D
Lain dari yang lain kan?

2nd
Wahh.. busy ek kia sekarang ni. Takpe, asal jangan tak update langsung. Hee~~

3rd
Thanks sebab ingat kat akak dalam entry. Siyes..senyum2 je baca. Hihi.. Blog akak tu akak rajin update sebab tau kawan-kawan akak baca. Tu yang best. Banyak merapu je. Hihihi..

Apepon.. take care ek.
Busy camne pon, jaga kesihatan & happy always K. Tingin sangat nak jumpa Kia for real.. Kalau datang Shah Alam.. btaw ek. Hihi

kiara May 8, 2009 8:42 PM  

to sis noi >>>
huhuuu..alaaa..sis...lama dah tak update blog tu yang berjelar-jelar sikit...klu nak banding ngan sis, tertinggal jauh la kia jawab nyer..huhuuu...ooo..A.D.A.M yerk???
actually, dulu kia penah baca buku ADAM tu...tapi, pening kpala menyerang secara tiba-tiba, kia tak jadi nak baca, and pulangkan balik pada kak wati...tapi, masa kia nak pinjam buku ADAM baru-baru ni, kata kak wati buku nyer yang 1 tu, ntah ke mana pun tak tau...buku tu berjalan kut...nama pun dah ADAM...heheee...

Terima kasih sudi bertandang di alam kiara..Sila berkunjung lagi..

|| kiara || Designed by Ipietoon © 2008

Back to TOP